Suara Perdana Masjid (Sempena Tahun Baru
2012M)

Kuala Terengganu 29 Disember - Forum Suara Perdana Masjid
bersempena tahun baru 2012 telah
diadakan di Dewan Solat
Masjid Abidin bersama ahli panel jemputan Y. Bhg. Ustaz Syed Norhisyam bin Tuan
Padang (Mursyid Imam Muda Astro Oasis) dan Y. Bhg. Jamaludin Alias(Nash) (Artis).
Forum ini dimoderatorkan oleh Ustaz Wan Khairul Aiman bin Wan Mokhtar(Imam
1) membincangkan isu yang bertajuk Ke Mana Destinasiku?. Program ini anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu dengan kerjasama Lembaga Pengurusan Masjid
Abidin, Radio Terengganu FM, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
(MAIDAM) dan Permai Hotel. Forum ini telah berlangsung kira-kira lebih 1 jam 40 minit dan
seramai lebih 800 orang jemaah telah hadir bagi mendengar majlis ilmu ini.
