Ceramah Maghrib Khas Sempena Maulidur Rasul

Kuala Terengganu
5 Februari - Lembaga Pengurusan Masjid Abidin telah menganjurkan Kuliah Maghrib
Khas sempena Maulid Nabi S.A.W. Kuliah ini telah dilangsungkan sekitar jam 7.45
malam dan pengkuliah jemputan khas Ustaz Fauzi Mustaffa (Pengacara Al-Kuliyyah
TV3) bertempat di Dewan Solat Utama Masjid Abidin. Kuliah telah
dihadiri lebih 1000 orang jemaah untuk mengikuti majlis ilmu ini.