
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA
PENYAYANG.
Setinggi syukur dan pujia ke hadrat
Ilahi Yang Maha Kuasa, Tuhan Semesta Alam, Tuhan yang tiada tandingan dalam
kekuasaanNya. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W,
pada sekalian keluarganya, para sahabat, dan kepada mereka yang mengikut
petunjuknya hingga ke hari akhirat.
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat
Allah S.A.W kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya, hasrat Ahli Jawatankuasa
Masjid Abidin, Kuala Terengganu (Masjid Negeri) untuk membangunkan halaman web
rasmi masjid ini telah berjaya dilaksanakan. Maka dengan ini, ianya dapat
membantu masjid dari segi pentadbiran yang lebih cepat dan efisien untuk
penyaluran maklumat secara global. Pihak masjid juga dapat menyebar dan
berkongsi informasi secara dua hala di antara pihak masjid dan umat Islam
(khususnya pada ahli-ahli kariah) tanpa sempadan benua dan masa. Demi masa,
umat Islam perlulah mengambil kesempatan ini untuk menggunakan sepenuhnya
kemudahan ini sebagai medan
tarbiyyah samada untuk mempelajari atau mengajar pada pihak yang memerlukan
tanpa had dengan keadaan selesa, mudah, murah dan tanpa terburu-buru.
Insya-Allah, halaman web ini akan
menjadi media alternatif bagi umat Islam memperolehi maklumat yang
berguna dan akan dibangunkan secara teratur, berterusan dan
berperingkat-peringkat. Kewujudan halaman web ini akan menjadi satu pemangkin
anjakan paradigma ke arah mewujudkan umat Islam yang bertamadun dan
berpengetahuan luas. Dengan hanya satu klik sahaja insya-Allah semua
maklumat yang berkaitan ilmu pengetahuan agama Islam boleh sampai ke
setiap penjuru rumah seluruh dunia tanpa batas khususnya pada ahli-ahli kariah
dan juga masyarakat setempat.
Oleh kerana pembangunan halaman web ini
masih di peringkat awal, adalah tidak dapat dinafikan akan terdapat
beberapa kelemahan dan kesilapan yang tidak disengajakan. Oleh itu, jika ada
pelawat halaman web ini telah mengenalpasti sebarang kesilapan, harap
dapatlah dia menghubungi pihak masjid dengan kadar yang segera supaya ianya
dapat diperbetulkan demi kepentingan semua pihak.
Saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua ahli-ahli kariah, masyarakat setempat yang telah
memberi sumbangan ikhlas untuk menjayakan program ini dan juga pada mereka yang
tidak putus-putus memberikan sumbangan tenaga dan wang ringgit untuk
menjalankan aktiviti-aktiviti masjid selama ini. Hanya pada Allah S.A.W sahaja
saya memohon semoga diberikan balasan yang setimpal seperti mana yang telah
dijanjikan-Nya.
Segala yang baik itu datangnya dari
Allah S.W.T, segala yang lemah dan kurang itu adalah daripada kita hamba-Nya.
Jazakumullah khairan kathira.
Wassallam.
Tuan Haji Aizi Saidi Bin Abdul Aziz
(Imam Besar Terengganu)