|
Terma dan Syarat
Setelah mendaftar sebagai rakan SMS
Masjid Abidin (Masjid Negeri)
- Anda bersetuju untuk menerima
semua hebahan SMS daripada pihak kami.
- Anda bersetuju untuk menjadi
pengguna SMS Masjid Abidin(Masjid Negeri) yang beretika.
- Anda bersetuju untuk tidak
mengeluarkan kata-kata provokasi ke sistem SMS kami.
- Anda bersetuju untuk digugurkan
keahlian jika tidak mematuhi etika ahli Rakan SMS Masjid
Abidin(Masjid Negeri)
- Anda bersetuju untuk melakukan
pendaftaran bagi sebarang program anjuran Masjid Abidin(Masjid
Negeri) di Pejabat Pengurusan Masjid Abidin(Masjid Negeri) dan
bukanlah melalui sistem ini.
Cara Beroperasi.
- Sistem ini dibina bagi
memudahkan para jemaah mendapatkan maklumat tentang program, kursus,
atau kuliah yang berkaitan dengan pihak kami.
- Jemaah tidak akan dikenakan
sebarang caj perkhidmatan bagi sebarang hebahan yang diterima
daripada pihak kami.
- Kami akan membuat hebahan
tentang program anjuran Masjid Abidin (Masjid Negeri) atau apa-apa
hebahan luar yang dibuat melalui pihak kami.
- Sistem Rakan SMS Masjid hanya
menawarkan komunikasi sehala sahaja. Pihak kami tidak akan menjawab
sebarang soalan yang diajukan. Sila hubungi Pejabat Pengurusan
Masjid Abidin(Masjid Negeri) dalam waktu pejabat jika anda mempunyai
sebarang pertanyaan berkaitan program, kuliah, sewaan bilik kuliah
atau lain-lain hal berkaitan dengan Pengurusan Masjid Abidin (Masjid
Negeri).
* Pihak kami tidak akan menjawab apa-apa persoalan yang
diajukan melalui SMS. |