10 PESANAN UNTUK NABI MUSA

 

ABUL-LAITS Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya

daripada Jabir bin Abdillah berkata, Rasulullah bersabda bermaksud:

“Allah telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran pesanan

dalam 10 perkara:

1. Wahai Musa jangan menyekutukan Aku dengan suatu apa pun

bahawa Aku telah memutuskan bahawa api neraka akan menyambar

muka orang Musyrik

2. Taatlah kepada-Ku dan kedua orang tuamu nescaya

Aku peliharamu daripada sebarang bahaya dan akan Aku lanjutkan

umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik. 

3. Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan

kecuali dengan hak nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia

yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali

engkau dengan murka-Ku ke dalam api neraka. 

4. Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau

durhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak

menyucikan Aku dan tidak mengagung-agungkan nama-Ku. 

5. Jangan hasad dengki dan iri hati terhadap apa yang Aku berikan

kepada orang lain, sebab penghasut itu musuh nikmat-Ku,

menolak kehendak-Ku, membenci kepada pembahagian yang

Aku berikan kepada hamba-hamba-Ku dan sesiapa yang tidak

meninggalkan perbuatan itu, maka bukan daripada-Ku. 

6. Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui

dengan benar-benar dan engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu

sebab Aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka. 

7. Jangan mencuri dan jangan berzina dengan isteri jiran tetangga

sebab nescaya Aku tutup wajah-Ku daripadamu dan Aku tutup

pintu-pintu langit daripadanya. 

8. Jangan menyembelih korban untuk selain daripada-Ku sebab

Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut nama-Ku

dan ikhlas untuk-Ku. 

9. Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau

suka terhadap dirimu sendiri. 

10. Jadikan Sabtu itu hari untuk beribadat kepada-Ku dan hiburkan

anak keluargamu.

 

Kemudian Rasulullah bersabda lagi: “Sesungguhnya Allah menjadikan

hari Sabtu itu hari raya untuk Nabi Musa dan Allah memilih hari Jumaat

sebagai hari raya untukku.”