PERUTUSAN KETUA EKSEKUTIF
Alhamdulillah segala pujian kepada Allah s.w.t. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga dan sahabat baginda.
Syukur kepada Allah s.w.t kerana portal rasmi bagi Masjid Abidin selaku Masjid Negeri Terengganu telah berjaya diwujudkan dengan kerjasama pelbagai pihak. Saya percaya, dengan adanya portal ini akan memudahkan masyarakat untuk mengakses pelbagai maklumat berkaitan masjid.
Bagi memastikan maklumat yang diperolehi oleh masyarakat adalah yang terkini, pihak kami akan berusaha mengemaskini portal ini dari semasa ke semasa.
Kami sangat mengalu-alukan jika ada sebarang cadangan atau kritikan ke arah penambahbaikan portal ini. Semoga portal ini mampu memberikan maklumat dan manfaat kepada semua lapisan masyarakat.
Wassalam.
Sohibul Fadilah Ustaz Wan Mohd Hazim Bin Mohamed @ Wan Mohd Hashim
(Ketua Eksekutif Masjid Abidin (Masjid Negeri) Kuala Terengganu)